Kemenangan PH Bentuk Kerajaan Perak Bukan Bermakna Boleh `Dabik Dada’

Reading Time: 2 minutes

PARIT: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan bermakna mereka boleh `dabik dada’ tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab menunaikan segala janji kepada rakyat sebagaimana yang dibuat dalam manifesto mereka.

Malah menurut Ahli Parlimen Parit. Datuk Mohd Nizar Haji Zakaria, PH Perak harus juga berterima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menyediakan kemudahan infra untuk dinikmati rakyat.

“Jadi kepada Pakatan Harapan mereka juga perlu ucap terima kasih kerana kita (UMNO dan BN) telah melengkapkan kemudahan infra untuk dinikmati rakyat…Janganlah mereka `mendabik dada’ sebab itu merupakan tugas dan tanggungjawab kita kepada rakyat,” katanya kepada Independent.my di Parit pada Jumaat.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perasmian Masjid An-Naqilah, Padang Kangar, Kampung Pasir Gajah, Parit yang telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Hadir sama Exco kerajaan PH, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Aziz Bari. Nizar yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Parit dan bekas Exco Agama pentadbiran kerajaan negeri lalu turut menjelaskan perjuangan ahli UMNO disemua peringkat akar umbi dalam Parlimen Parit tidak pernah luntur malah semakin mantap meskipun BN menerima kekalahan mengejut pada PRU14 lalu.

Menurut beliau, kekuatan itu diterjemahkan apabila UMNO dan BN terus kekal mempertahankan kerusi Parlimen Parit , Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota dan Belanja pada pilihan raya lalu.
“Kita berjaya mengekalkan kemenangan kerusi satu parlimen dua DUN walaupun di kawasan lain tidak dapat dikumpulkan bentuk jumlah majoriti tubuh kerajaan Persekutuan mahupun peringkat negeri Perak.

“Di Parit kita menunjukkan dominasi itu jelas menunjukkan bahawa rakyat perlukan kepimpinan yang sentiasa bekerja bersama mereka….Bukan perlu pentingnya segi duit jumpa dengan mereka tapi pendekatan kami bersifat ramah mesra menyantuni masyarakat ketika ada perkara diperlukan.

“Dalam Parlimen Parit kemudahan infra sebenarnya dah amat mencukupi baik di DUN Belanja Bota kerana kita telahpun lengkapkan banyak infra kemudahan masyarakat seperti masjid, dewan orang ramai, surau dan jalan baru.’’ Kata Nizar.

Beliau mencgucapkan terima kasih kepada seluruh masyarakat di Parlimen Parit, DUN Bota dan Belanja atas sokongan jitu yang telah diberikan sehingga BN berjaya beroleh kemenangan besar.
“Insyallah kita akan terus bekerja bekerja walaupun tidak dinamakan kerajaan tapi tetap bekerja kerana jasa UMNO, BN…Kerajan BN ini memang tidak lari lekang daripada sinonimnya didalam masyarakat di Parlimen Parit,’’ katanya.

Beliau menyebut sebagai contoh musim banjir sekarang UMNO Parit sentiasa turun ke lapangan bantu mangsa-mangsa banjir selain meneruskan program kebajikan rakyat.