Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Masjid An-Naqilah

Reading Time: < 1 minute


PARIT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menyempurnakan perasmian Masjid An-Naqilah, Padang Kangar, Kampung Pasir Gajah, Mukim Belanja Parit pada Jumaat.
Ketibaan baginda pada jam 1.00 tengah hari disambut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, YB Azmuni Awi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor, YB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan, YB Dr. Abdul Aziz Bari, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Haji Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Yusof Husin.
Sebaik selesai menarik tirai plak perasmian, Sultan Nazrin menunaikan solat Jumaat bersama rakyat .
Sebelum berangkat pulang, baginda bersalaman dengan penduduk kampung berkenaan yang menunggu di perkarangan masjid.