Koronavirus: 103 Kes Baru, Tiada Kematian

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Sebanyak 103 kes baru koronavirus direkodkan hari ini yang kebanyakannya melibatkan warga asing, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 84 kes melibatkan warga asing – 53 darinya dari kluster Pedas dan 24 dari kluster syarikat pembersihan.

Terdapat 7 kes import di kalangan warga negara Malaysia.

Ini menjadikan jumlah kes positif koronavirus sehingga kini adalah sebanyaka 7,732.

Sehingga tengahari tadi, tiada kematian dilaporkan manakala sebanyak 60 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes sembuh kini 6,235. Kes aktif yang sedang dirawat adalah sebanyak 1,382 di mana 8 menjalani rawatan di Unit Rawatan Intensif, dua darinya memerlukan alat bantuan pernafasan.