Koronavirus: 16 Kes Baru, Paling Rendah Sejak PKP

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan jumlah kes positif koronavirus paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dengan catatan 16 kes sahaja hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes sehingga hari ini adalah 6,742, di mana 1,410 kes masih aktif.

Daripada 16 kes terkini itu, 9 melibatkan warga asing. Tiga darinya adalah kes import dan selebihnya jangkitan tempatan. Sebanyak 110 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang. Tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kekal 109.