KU-3 Hotel Bajet Tapah Tawar Khidmat Terbaik Kepada Pelanggan

Reading Time: 2 minutes

TAPAH kini semakin menjadi destinasi popular pelancong dari dalam dan luar Perak kerana menawarkan banyak produk pelancongan semula jadi selain kemudahan penginapan hotel pada pakej harga yang sungguh istimewa dan menyenangkan pelanggan.

Selain produk-produk menarik pelancongan ini dan wujudnya UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah yang menempatkan ratusan pelajar, maka Tapah berubah wajah menjadi bandar ceria dan semakin pesat kegiatan ekonominya.

Justeru, ramai pengusaha yang dulunya terbabit dalam sektor pembinaan dan perumahan di daerah Tapah telah mengubah arah dan strategi mereka kepada sektor perhotelan dan hotel bajet.

KU-3 Hotel Bajet Tapah “The Best Budget Hotel” merupakan contoh dimana pengusahanya seorang usahawan Bumiputera dalam sektor pembinaan kini sudahpun menjadikan sektor perhotelan sebagai sektor perniagaan utamanya.

Bangunan Hotel setinggi tujuh tingkat itu dengan kemudahan lif yang terletak di No 58, Jalan Stesen Tapah telah mula beroperasi sejak sebulan lalu bermula 1 Julai tahun ini. Menurut Pengurus KU-3 Hotel Bajet Tapah, Murniati Mokhtar, hotel berkenaan dibina oleh tiga usahawan tempatan Tapah di bawah Syarikat Kontratasa Utama Development Sdn Bhd.

Katanya, gabungan tiga usahawan ini ialah Haji Zaimi Elias yang memiliki pemilikan syer 50 peratus, Ng Pick Yau (25 peratus) dan Liew Ken Seong (25 peratus ).

“KU-3 Hotel ini diterajui oleh Haji Zaime Elias selaku pengerusi dan mempunyai sembilan tenaga kerja.

“Bagi membantu kos pembiayaan hotel ini, pihak syarikat memperolehi dana melalui pinjaman untuk PKS dengan nilai RM3.5 juta daripada MIDF,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media khas di hotel berkenaan pada Sabtu.

Menurut Murniati, KU-3 Hotel yang merupakan ahli kepada Persatuan Hotel Budget Malaysia (MYBHA) menyediakan 30 bilik untuk tetamu termasuk 4 bilik single, 4 bilik suite(2 katil besar), 1 bilik VVIP dan 21 bilik deluxe (1 katil besar).

“Kekuatan hotel ini adalah dari segi senibina kami yang sangat moden dan kontemporari, meliputi senibina luaran dengan warna-warna vibrant bagi memberi tarikan kepada pengunjung ke Tapah.

“Dari segi dalaman juga kami sangat menitikberatkan keselesaan dengan penggunaan wallpaper dan lampu yang memberikan keselesaan kepada pengunjung sama ada yang datang bersendirian, urusan kerja mahupun bersama keluarga tersayang.

“Kami mahu agar tetamu hotel merasakan seolah-olah mereka berada di hotel mewah dengan bajet yang minima,” ujarnya.

Murniati berkata, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan untuk tetamu termasuk perkhidmatan kaunter receptionist 24 jam, kamera litar tertutup di seluruh hotel, perkhidmatan lif untuk setiap tingkat dan ruang bilik yang luas bagi memberikan keselesaan tetamu selain WIFI percuma.

Menurut beliau, dari segi harga pula, harga bilik yang ditawarkan adalah dari serendah RM55 sehingga RM295 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan masa check in. Katanya, mereka khususnya pelanggan yang menginap di hotel ini sungguh bertuah kerana mereka berada di kawasan Tapah yang dikelilingi pejabat-pejabat kerajaan yang mengambil masa berjalan kurang 5 minit, UiTM Tapah hanya 30 minit perjalanan.

“Mereka yang sedang bercuti juga berpeluang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan menarik seperti kolam air panas Sungai Klah, Hutan Rekreasi Kuala Woh, Refarm, Perkampungan Orang Asli, ladang ternakan rusa dan lain-lain.

“Laluan ke Cameron Highland hanya mengambil masa 45 minit dan semasa perjalanan mereka boleh singgah ke pusat buah-buahan tempatan termasuk jambu, durian, petai, manggis dan rambutan.

Sekiranya ingin satu percutian pendek dengan bajet minima, menginaplah di KU-3 Hotel dengan menghubungi terus KU-3 Hotel di telefon 054012262/0138863945/0174895851.

Facebook: www.facebook.com/ku3hoteltapah, Instagram: KU3 Hotel