Kula Nafi Buat Kenyataan Berbau Perkauman

Reading Time: < 1 minute

Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran menafikan beliau membuat kenyataan berbau perkauman seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan semalam.

Menurut sumber yang rapat dan boleh dipercayai, Kula mendakwa laporan akhbar itu adalah satu fitnah dan menokok tambah. Beliau akan memaklumkan tentang perkara ini kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyidin Yassin dalam masa terdekat. 

Menurut laporan akhbar berkenaan, Kula mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu. Laporan itu juga menambah bahawa Menteri Sumber Manu­sia itu juga mendakwa, masya­rakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

Ketika laporan ini ditulis, Kula berada di Ipoh menghadiri suatu majlis di Dewan Bandaran.