Lebih 300,000 Permohonan PSU Telah Dilulus

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR , 3 Julai (Berita RTM) | Sebanyak 307,518 permohonan Program Subsidi Upah (PSU) telah diluluskan kerajaaan melibatkan peruntukan berjumlah RM7.07 billion setakat 26 Jun lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu telah memanfaatkan 2.46 juta majikan dan pekerja yang terkesan akibat COVID-19.

Sehingga kini, 97 peratus majikan sudah menerima bayaran PSU, manakala selebihnya masih dalam proses penerimaan berikutan masalah teknikal.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang berusaha menangani isu tersebut, dengan menubuhkan satu Pasukan Tindakan Khas bagi menghubungi majikan yang masih belum menerima pembayaran PSU masing-masing.

Tengku Datuk Seri Zafrul bercakap kepada media, selepas mengadakan lawatan rasmi ke Menara Perkeso, di ibu negara.