Lebih 5,000 Muat Turun Aplikasi Park@perak

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Lebih 5,000 pengguna didapati memuat turun aplikasi Park@Perak yang dilancarkan kerajaan negeri kelmarin.

Menurut Pengerusi Jawaankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Yong Choo Keong, jumlah berkenaan amat membanggakan dan menjangkakan ia akan bertambah lagi selepas ini.

Bagaimanapun katanya, orang ramai masih boleh menggunakan kupon parkir sedia ada sekiranya masih belum memuat turun aplikasi berkenaan.

“Ini menunjukkan satu perkembangan yang baik…Baru dua hari dilancarkan , 5,000 orang sudah muat turun ditelefon (android) masing-masing.

“Bagi pengguna telefon pintar pula, mereka boleh muat turun aplikasi ini mulai 20 Januari 2019,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baharu di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ipoh pada Khamis.

Yong menambah, orang ramai digalakkan menggunakan aplikasi berkenaan kerana ia lebih mudah untuk digunakan.

Bagaimanapun katanya lagi, orang ramai masih boleh menggunakan kupon sedia ada.