Mayat Di Tengah Jalan Ditemui Dengan Kesan Tikaman Pada Pangkal Peha

Reading Time: < 1 minute

Mayat seorang lelaki yang ditemui di tengah-tengah Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada hari Khamis pagi, 19 November, ditemui dengan beberapa luka tikaman.

Menurut Malay Mail, ketua polis Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata pasukan forensik menemui beberapa luka di badannya, termasuk luka yang teruk pada leher, dada, lengan kanan, dan kawasan pangkal paha.

Polis mengatakan bahawa mereka menerima panggilan yang memberitahu mengenai mayat oleh orang awam pada pukul 5.38 pagi.

“Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian di mana mereka mendapati mangsa sudah mati,” katanya dalam satu kenyataan, seperti dipetik oleh New Straits Times.

Lelaki itu dipercayai berusia 30-an dan tidak mempunyai sebarang butir-butir pengenalan diri.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk menentukan motif kejadian dan mengesan saudara terdekat mangsa, sambil melakukan pemeriksaan latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) untuk pemeriksaan bedah siasat.

Penemuan yang mengerikan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sementara di Jalan Bangsar pagi semalam kerana sebahagian jalan ditutup untuk memudahkan siasatan tempat kejadian.

Ketua polis Brickfields menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk pergi ke balai polis terdekat atau menghubungi di talian + 603-22979222.