Mukhriz Lepaskan Jawatan MB

Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR | Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Selepas 2 tahun, beliau kehilangan sokongan majoriti apabila dua ADUN PKR beralih sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional (PN).

PAS dikatakan akan mengambil alih mencalonkan Muhammad Sanusi Md Nor, wakil rakyat Jeneri sebagai Menteri Besar yang baru.

Sanusi akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini di Wisma Darul Aman.

Dua wakil rakyat dari PKR, Azman Nasruddin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) keluar dari parti yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN pada Selasa lalu.

Pada hari yang sama, Sanusi mengumumkan 19 dari 36 wakil rakyat Kedah telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Ini merupakan kali kedua Mukhriz kehilangan jawatan Menteri Besar selepas kali pertama beliau ditolak oleh Barisan Nasional semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri.