NGO Dinasihat Lebih Berhati-hati Dalam Isu Libatkan Kesultanan, Agong

  •  
  •  
  •  
Reading Time: 2 minutes

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menganggap tindakan 60 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara berhimpunan di luar Istana Negara baru-baru ini sebagai satu tindakan yang tidak manis dipandang.

Malah katanya, mereka perlu lebih berhati-hati apabila melibatkan kesultanan dan Yang Dipertuan Agong.

“Kena berhati-hatilah kalau bab-bab yang yang melibatkan kesultanan dan Yang Dipertuan Agong….Lebih-lebih lagi masyarakat Melayu….dia lebih sensitif.

“Kalau kita tak puas hatipun jangan tunjuk cara depan-depan, kita ada saluran tertentu jadi saya merayu mereka ini menggunakan saluran tertentu.

“Jangan tunjukkan rasa tidak setuju ini secara terbuka …Demo bantahan itu nampak tidak manis dipandang,” katanya kepada Independent.my pada Sabtu.

Baru-baru ini lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara berhimpun di luar Istana Negara bagi mendesak bekas ketua media dan komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong kerana dikatakan menghina Sultan Muhammad V.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan selepas menerima tiga laporan polis yang dibuat terhadap tokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berhubung artikel tulisannya yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan dibuka selepas polis menerima tiga laporan di Selangor, Kelantan dan Lembah Klang.

“Kita akan jalankan siasatan, sebaik saja lengkap kita akan serahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op¬†Selamat¬†sempena Aidilfitri 2018.

Media melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyiasat dakwaan dibuat Kadir menerusi tulisan dalam blog peribadinya.

Dalam blog itu, Kadir mendedahkan sebanyak RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, lembaran terperinci perbelanjaan itu juga turut tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.