Nizar Manfaat Pengalaman 11 Bulan Bantu MB Tadbir Perak Dengan Baik

Reading Time: 2 minutes

Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Exco Pakatan Harapan (PH) yang baru dilantik akan bersama Exco yang lain `berganding bahu’ membantu YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam mengurus tadbir kerajaan negeri dengan baik.

Katanya, bersandarkan pengalamannya mentadbir 11 bulan kerajaan negeri Perak, beliau akan cuba sedaya upaya membantu Menteri Besar dalam segala aspek membabitkan pentadbiran negeri.

“Saya akan bersama dengan Menteri Besar dan bantu dia dalam semua aspek sebab saya ada pengalaman 11 bulan mentadbir negeri Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

“Saya berazam nak bagi orang Perak ini merasa diri dia sebahagian daripada rakyat Perak dan mereka boleh merasa bangga merasakan Perak adalah `rumah’ mereka.

“So nak pasti mereka tak didiskriminasi di bawah Pakatan Harapan tidak kira siapa asal mereka sama ada Melayu, Cina, India, Punjabi dan orang asli sebab kita semua adalah rakyat Perak.

“Maka kita dalam Pakatan Harapan perlu membela nasib mereka di bawah perlembagaan negeri Perak….itu kita punya harapan, kemudian kita akan cuba memenuhi hasrat kita sebagaimana kita janji dalam manifesto supaya orang Perak nak lihat tentang apa yang mereka perolehi.

“Kita nak penuhi hasrat dan iltizam mereka…Kita akan penuhi semua itu,’’ katanya Nizar kepada pemberita sebelum memasuki pejabatnya untuk mula bertugas pada hari pertama di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Isnin.

Kita ditanya pemberita apakah porfolio semua Exco sudah ditetapkan, Nizar menjelaskan portfolio-protfolio masih belum lagi ditetapkan dan kemungkinan dalam masa terdekat ini.

“Sekarang ini portfolio-portfolio Exco ni belum ditetapkan …selepas ditetapkan baru kita buat target…Sayapun tak tahu apa saya nak ketuai (head) setakat ini,’’ kata Nizar.

Ditanya tentang pelaburan negeri Perak, katanya, beliau optimis kerajaan pimpinan Menteri Besar yang baharu mempunyai perancangan terbaikuntuk menambah pelaburan FDI di negeri Perak.

“Kita harap lebih ramai pelabur asing datang melabur di Perak…Kerajaan menunjukkan kekuatan …Kalau kita dalam gabungan Pakatan Harapan DAP, PKR, Amanah dan Bersatu boleh tunjukkan solidariti, kita boleh mengurus tadbir Perak berdasarkan pentadbiran kerajaan yang baik.

“Saya fikir perlabur luar akan datang melabur di negeri ini dan baik untuk rakyat Perak.’’ Katanya.