PAS Berminat Sertai Kabinet Muhyiddin

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | PAS menyatakan minatnya untuk bersama-sama menyertai kabinet Perdana Menteri baru Muhyiddin Yassin, menurut laporan portal Free Malaysia Today.

Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamed dipetik sebagai berkata keputusan PAS bersama-sama dalam kabinet supaya PAS dapat sama-sama bertanggungjawab dalam kerajaan.

PAS membentuk Perikatan Nasional bersama PPBM, Barisan Nasional dan sebahagian bekas anggota PKR.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin menjangkakan ramai pemimpin PAS akan menyertai kabinet Muhyiddin.

“Pengalaman di Kelantan tiada seorang exco pun didakwa di mahkamah kerana rasuah,”katanya memetik laporan itu.

Ahli Majlis Syura, Mohd Khairuddin Aman Razali menyerahkan hal itu kepada kepimpinan tertinggi.

Apa yang penting ialah bagaimana parti ‘Islam’ itu boleh berperanan dalam memulihkan ekonomi, mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan tahap pendidikan, menurut Khairul seperti dilaporkan FMT.