Peja Seorang Pemimpin Hipokrit?

Reading Time: < 1 minute

A Kadir Jasin menulis di ruangan Facebooknya bahawa beliau berasa kecewa dengan sikap hipokrit dan tikam belakang yang ditunjukkan oleh beberapa pemimpin Bersatu terhadap Dr. Mahahtir. Ini termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang menunjukkan sokongan kepada Mahathir di depannya tetapi sebenarnya mengkhianati pemimpin berusia 94 tahun itu.

Tulisnya lagi, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bersidang pada 23 Feb seperti dirasuk syaitan kerana mereka mengasak Mahathir supaya bersetuju untuk membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.

Beliau menyatakan bahawa konspirasi membawa keluar Bersatu dari PH dan bergabung dengan UMNO sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu, UMNO, PKR dan PAS.

Pemimpin-pemimpin yang dipercayai oleh Mahathir seperti Mustapha Mohamad dan Hamzah Zainuddin juga telah mengecewakan beliau, menurut Kadir.

Tambahnya lagi, ini terbukti apabila ADUN UMNO dilantik menjadi Menteri Besar Johor menggantikan MB Bersatu dan hal yang sama mungkin berlaku di negeri lain.

“Kalau ini bukan pengkhianatan, apa lagi?

“Inilah yang boleh saya simpulkan dan dengar dan lihat sendiri dari Mahathir. Apabila Muhyiddin berkata dia tidak mengkhianati Mahathir, ia hanyalah semantik -antara yang tersurat dan tersirat,” tulisnya.