Pemuda AMANAH Persoal Sikap Pemimpin PAS Terhadap Kempen BMF Yang Diperjuangkan Sebelum Ini

Reading Time: < 1 minute

Pemuda AMANAH negeri Perak dalam satu kenyataan hari ini meminta Exco kerajaan negeri, Hj. Razman Zakaria memberi penjelasan tentang status kempen Buy Muslim’s First (BMF) yang diperjuangkan beliau sebelum ini setelah Pusat Khidmat beliau sendiri memborong barangan dari pemborong bukan Islam.

“Seperti sedia maklum, Razman adalah antara individu yang paling lantang di negeri ini memperjuangkan kempen ini ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

“Walau bagaimanapun, apabila beliau sudah menjadi kerajaan biarpun bukan melalui pilihan raya, ADUN Gunong Semanggol itu seolah-olah lupa tentang apa yang beliau perjuangkan selama ini. Ini terbukti apabila pusat khidmat beliau sendiri memilih pemborong bukan Islam sebagai tempat untuk mereka memborong membeli barangan untuk kegunaan pusat khidmatnya itu, “kata kenyataan itu yang dikeluarkan melalui Naib Ketua Pemuda AMANAH negeri Perak, Muhamad Nakhaie Abd Wahab.

“Tindakan beliau itu dikatakan telah mendapat kecaman pelbagai pihak yang kecewa apabila pemimpin sendiri seolah ‘cakap tak serupa bikin’, “kenyataan itu dipetik.

Ketua Prasarana Kempen (BMF), Izzat Johari berkata pemimpin tersebut tidak konsisten.

“Tindakan tersebut menzahirkan sikap sebenar mereka yang ‘hangat-hangat tahi kambing’. Pemimpin tersebut menggunakan pentas BMF untuk berkempen politik dan akhirnya kempen tersebut telah mendapat nama busuk di negeri Perak

, “katanya.

Pemuda AMANAH Perak menyifatkan pemimpin tersebut hanya pandai beretorik sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkan apa yang mereka kata. dalam pada itu menyeru masyarakat mengenali sikap sebenar PAS yang hanya pandai berkata-kata.

“Kempen BMF yang ‘ditunggang’ oleh mereka ini hanyalah bersifat politik semata-mata demi menaikkan kemarahan tertentu serta menarik sokongan segelintir pihak, ” menurut kenyataan itu.