Penyokong bolasepak The Bos Gaurus (Perak) yang beratur sejak pagi semata-mata mahu mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia hampa apabila tiket dikatakan kehabisan dalam masa setengah jam.
Ada antara mereka meminta pihak Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menyatakan dengan jelas sama ada tiket masih ada atau benar-benar sudah kehabisan kerana mereka tidak sanggup menunggu lama tanpa kepastian.
Salah seorang penyokong menjerit mengatakan selepas 100 orang berjaya mendapatkan tiket, tiket pun habis dijual.
“Orang beratur panjang, habis bagitau habis, mana PAFA?” pekik salah seorang penyokong.
Ekoran dari itu, pihak Independent telah menghubungi PAFA mendapaikan penjelasan berkenaan perkara ini. Seorang jurucakap yang menjawab panggilan telefon memberitahu bahawa PAFA hanya menjual sebanyak 30,000 tiket dan ia dijual di 7 buah daerah di seluurh Perak. Bagaimanapun, tiket di Stadium Perak dan Tanjung Malim telahpun habis dijual kesemuanya.
Penyokong yang masih mahu mendapatkan tiket perlu membeli dari jualan di beberapa daerah lain kecuali di Stadium Perak dan Tanjung Malim. Parit Buntar, Kuala Kangsar, Manjung, Teluk Intan, Lenggong dan Tapah.
Perak akan bertemu dengan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia Unifi 2018 di Stadium Shah Alam Sabtu ini.