Tindakan ‘Over-killed’ Untungkan Kami – Zahid

Reading Time: < 1 minute

Datuk Seri Zahid Hamidi dalam ciapan Twitter terbaru mendakwa tindakan “over killed” oleh kerajaan Pakatan Harapan menguntungkan beliau dan Datuk Seri Najib.

Beliau yang hadir memberi sokongan moral kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini mendakwa tekanan bertubi-tubi yang dikenakan terhadap beliau dan Najib tidak akan mematahkan semangat untuk terus beristiqamah dalam ‘perjuangan’.

“Tindakan ‘over killed’ yang dilakukan menimbulkan defisit keyakinan kepada pemerintah.

“Ianya amat untungkan yang tertuduh. Terima kasih kerana mengheret kami,” tulisnya di Twitter beliau.

Bekas Perrdana Menteri, Datuk Seri Najib bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menghadapi 6 tuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO baru-baru ini menghadapi 45 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta. Kesnya akan disebut semula pada 14 Disember 2018.