Perbicaraan Zahid: KDN Dapat Kebenaran Rundingan Terus Dengan DTSB

Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR | Saksi perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi, Uzailee Abdul Latif memberitahu mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak dapat mengadakan rundingan terus dengan mana-mana entiti swasta tanpa kelulusan dari Kementerian Kewangan.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dalam kes yang melibatkan pembekal cip pasport Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), kontrak rundingan diberikan bersandarkan beberapa kriteria, antaranya keselamatan negara dan ketiadaan pembekal lain, namun ia hanya boleh dilulus dan dianugerahkan oleh Kementerian Kewangan.

“Ya, pasport adalah salah satu dokumen yang mempunyai implikasi keselamatan negara,” katanya ketika ditanya oleh peguam Zahid, Ahmad Zaidi Zainal mengenai kebijakan pemerintah mengenai rundingan langsung dengan syarikat swasta.

Zahid dituduh menerima dua cek RM6 juta daripada pengarah Datasonic Chew Ben Ben pada April 2017 bagi memperoleh kontrak pembekalan cip pasport yang bernilai RM318.75 juta.

Uzailee berkata beliau ada mengeluarkan surat meminta KDN mengeluarkan ulasan terhadap permohonan rundingan terus oleh DTSB untuk membekalkan cip pasport selama lima tahun namun KDN membalas suratnya menyatakan masih mahu meneruskan kontrak sedia ada dengan syarikat PKN dan Iris – yang merupakan syarikat pembekal cip – berdasarkan prestasi yang cemerlang.

KDN menyatakan prestasi DTSB yang kurang memuaskan kerana sering lewat membekalkan polikarbonat sehingga menyebabkan Jabatan Imigresen (JIM) terputus bekalan sehingga menjejaskan prestasi perkhidmatan.

KDN menyatakan prestasi DTSB yang kurang memuaskan kerana sering lewat membekalkan polikarbonat sehingga menyebabkan Jabatan Imigresen (JIM) terputus bekalan sehingga menjejaskan prestasi perkhidmatan.

Pada Jun 2016, Jabatan Imigresen mengalami kekurangan pasport dan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat amaran.

Dalam satu perbincangan dilakukan pada 27 November 2014 antara DTSB, MOF, KDN dan JIM berhubung pembekalan pasport, DTSB membentangkan cadangan kepada kerajaan bahawa mereka boleh menjimatkan sehingga RM75 juta dalam tempoh lima tahun.

Kepada soalan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi, syarikat itu menafikan mereka terlibat dalam membayar sogokan kepada Zahid.

Pengerusi Datasonic Group Berhad, Mohamed Hashim Mohd Ali berkata kenyataan itu dikeluarkan untuk menjelaskan laporan media yang menghubungkan Datasonic dengan tuduhan rasuah bekas timbalan perdana menteri.

“Tiada pengarah syarikat yang membayar kepada Datuk Seri (Zahid),” katanya.

Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, termasuk pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menerima rasuah untuk pelbagai projek, semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

Perbicaraan bersambung di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah pada 13 Feb.