Perarakan Chinggay Dibatal Atas Nasihat Kerajaan Negeri Johor

Reading Time: < 1 minute

JOHOR BHARU | Pesta Chinggay 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat ini di sini dibatalkan oleh penganjur selepas mendapat nasihat dari Kerajaan Negeri.

Penganjur, Johor Bharu Tiong Hua Federation (JBTHF) berkata mereka bersetuju membatalkan acara selepas mempertimbangkan pandangan anggota dan kepentingan awam, lapor The Edge Markets.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap jangkitan Covid-19 (sebelum ini dikenali sebagai coronavirus novel 2019) serta kerumitan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua pengunjung.

Tindakan itu juga diambil memandangkan pasukan keselamatan dan pihak penganjur tidak dapat menentukan jumlah pengunjung yang dijangka hadir dalam perarakan itu.

“Kerajaan Negeri mempertimbangkan keputusan ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebimbangan mengenai jangkitan besar-besaran yang tersebar jika perarakan itu berterusan,” kata kenyataan itu.

Perarakan Chinggay Dibatalkan Atas Nasihat Kerajaan NegeriBagaimanapun, katanya upacara keagamaan bersempena dengan Chinggay pada 13 Feb dan 15 (Sabtu) akan diteruskan, tetapi penganjur perlu memberi nama dan alamat peserta yang terlibat dengan JKNJ sebagai langkah berjaga-jaga.

Kredit foto: Johor Now