Covid: WHO Beri Amaran Supaya Bersedia Untuk Penyebaran Lebih Luas

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada Malaysia dan negara-negara lain bahawa sudah tiba masanya untuk mempersiapkan kemungkinan penyebaran novel coronavirus (Covid-19).

Pengarah Rantau Barat Pasifik WHO, Dr Takeshi Kasai berkata, penyakit itu berada pada “fasa kritikal”.

“Walaupun kita mesti meneruskan usaha untuk membendung penyebarannya, ia juga adalah masa bahawa semua negara, termasuk Malaysia, bersedia untuk kemungkinan transmisi yang lebih luas.

“Kini ada laporan mengenai kes-kes kluster yang tidak mempunyai pautan jelas ke China. Maklumat terkini menunjukkan bahawa virus mungkin lebih mudah merebak.

“Ini tidak bermakna virus itu akan mula merebak dengan mudah di Malaysia atau di tempat lain esok, atau mungkin – sudah tentu, kami berharap ia tidak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (12 Feb).

Dr Kasai berkata bahawa walaupun negara-negara bekerja keras untuk membendung virus, harus ada persediaan jika ia merebak dengan lebih luas.

Beliau berkata tindak balas terhadap transmisi yang lebih luas memerlukan perubahan dari tumpuan usaha untuk melindungi golongan yang terdedah dan meminimumkan kesan kesihatan dan sosial.

Langkah juga mesti diambil untuk memastikan kemudahan kesihatan tidak menjadi tempat yang menyebarkan virus itu, menjangkiti kakitangan dan pesakit lain

“Ini mungkin bermaksud merancang untuk pengasingan pesakit atau mengkuarantinkan mereka yang dijangkiti, menggalakkan mereka yang sakit ringan tinggal di rumah untuk pulih – supaya kemudahan penjagaan kesihatan tidak menjadi sesak.

“Langkah juga mesti diambil untuk memastikan kemudahan kesihatan tidak menjadi tempat yang menyebarkan virus itu, menjangkiti kakitangan dan pesakit lain.

“Saya faham mengapa orang bimbang, kerana ini adalah penyakit baru dan masih banyak yang kita tidak tahu. Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah bersedia,” katanya.

Dr Kasai berkata mengenai semua kes yang dilaporkan di China sehingga kini, kira-kira 2% orang telah meninggal dunia di luar wilayah Hubei, kadar kematian di kalangan mereka yang dijangkiti adalah sekitar 0.4%.