Pertunjukan Menelan Api Penutup Tirai IIFW2019

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Ipoh International Fashion Week (IIFW2019) yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut melabuhkan tirainya malam tadi di Taman Tema Lost World, Tambun.

Pesta fesyen yang menampilkan rekaan oleh pereka fesyen terkenal negara seperti Radzuan Radzwil, Amanda Brown, Sharifah Kirana, Hajarose turut menampilkan rekaan dari pereka fesyen luar negara seperti Singapura, China, Indonesia, Nepal dan India. Turut menampilkan rekaan ialah tema pakaian beach wear dari Urban Niche oleh pereka Laura Patricia dan barangan kemas oleh Angie Jewels. 

Menurut Presiden IIFW yang menjadi penganjur acara, Louis Sebastian, acara penutup begitu menceriakan kerana mendapat kerjasama dari Miss Cosmopolitan World. 

“Acara penutup di Lost World begitu menceriakan dimana pelbagai rekaan pakaian dari pereka fesyen dari India, Nepal dengan peragaan oleh model dari 40 negara hasil kerjasama IIFW dengan Miss Cosmopolitan World,” katanya.

Acara penutup tirai yang menghiburkan pengunjung dengan persembahan menarik permainan alat muzik dan memakan api yang dinamakan ‘Flaming Percussions’.

Dalam kemeriahan festival fesyen ini, IIFW tidak melupakan mereka yang menghadapi kesulitan hidup dimana acara ini sebenarnya dianjurkan untuk mengumpul sumbangan untuk menampung kos perubatan Unit Rawatan Intensif Paediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan juga untuk pertubuhan yang memberi perlindungan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

IIFW 2019 dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Nomee Ashikin di Hotel Syeun, Ipoh pada 18 Oktober 2019.