Pokok Taman Tasek Taiping Rebah Ke Bumi

Reading Time: < 1 minute

TAIPING: Salah satu pokok yang berusia lebih seratus tahun yang menjadi ikonik bandar Taiping sejak sekian lama tumbang akibat hujan lebat sejak minggu lepas.

Pokok yang ditanam oleh oleh pegawai British di atas bekas lombong bijih timah itu (kini dikenali Taman Tasik Taiping) tumbang sendiri menghalang jalan utama mengelilingi tasik itu. Pokok itu yang dahannya diketahui ramai condong ke arah tasik hingga mencecah permukaan air tasik seolah mahu ‘meminum’ airnya rebah kerana tanah yang semakin lembut akibat hujan berterusan tidak mampu lagi mencengkam akarnya.

Pihak berkuasa terpaksa memotong batang pokok yang tumbng untuk membuka semula jalan supaya kenderaan boleh lalu semula.

Pokok hujan-hujan (monkey pod tree) atau nama saintifiknya Samanea saman sejak sekian lama telah menjadi subjek latarbelakang para pengunjung yang mengambil peluang mengambil gambar potret kenang-kenangan ketika berkunjung ke sini.