Pos Malaysia Mara Dengan Stesen Pengecas EV

Reading Time: 2 minutes

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech bagi pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV, rangkaian dan pengendali pengecasan EV yang
terbesar di negara ini.

Stesen pengecas itu kini tersedia setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam di enam Pejabat Pos termasuk Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Jogor Bahru.

Pos Malaysia komited untuk memajukan penyelesaian mobiliti yang lestari dan meluaskan akses kepada sumber tenaga yang lestari. Pengecas ini akan dipasang secara berperingkat, dengan rancangan untuk memperluaskan liputannya ke Pejabat Pos yang lain, memastikan akses yang lebih mudah untuk pemilik EV serta menyokong peningkatan jumlah kenderaan elektrik di negara ini.

Setiap alur keluar mempunyai 1 pengecas DC dengan dua muncung jenis CCS2 (pengecasan pantas) dengan kuasa 40kW. Pengecasan UV sehingga 80% memerlukan masa antara 60 hingga 90 minit, bergantung pada model EV. Pengecas chargEV direka untuk memberikan pengguna EV yang juga pelanggan Pos Malaysia sebuah pengalaman pengecasan yang optimum serta memberikan prestasi pengecasan yang cekap dan boleh dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, “Kerjasama ini menandakan satu langkah besar dalam komitmen berterusan kami terhadap penjagaan alam sekitar.

“Sebagai pembekal pos dan kurier Malaysia, kami memikul tanggungjawab untuk mencipta laluan ke arah masa depan yang lebih lestari dan kami menyedari kepentingan menyepadukan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami, serta memastikan
warisan kami kekal untuk generasi akan datang.”

“Dengan kerjasama rakan kongsi seperti Yinson, kami boleh memacu perubahan positif dalam bidang pengangkutan yang lestari dan mengurangkan kebimbangan jarak bagi pengguna EV melalui pemasangan stesen pengecas EV di PO kami.” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif YGT Encik Eirik Barclay, berkata, “Berdasarkan aspirasi kami untuk membantu perniagaan beralih ke arah kelestarian, kami gembira dapat bekerjasama dengan Pos Malaysia dalam melancarkan stesen chargEV kami di seluruh lokasi terpilih.

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk menggalakkan pengguna EV meneroka pelbagai tawaran Pos Malaysia sambil mengecas kenderaan mereka.

“Dengan memanfaatkan rangkaian luas di lebih 600 lokasi dan berjuta-juta kaki persegi ruang runcit dan luar, Pos Malaysia telah bekerjasama dengan jenama tersohor seperti Cafe Mesra, ZUS Coffee, Photobook dan chargEV untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif kepada pelanggan, katanya.