Pudu Tidak Berada di Bawah PKPD

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kawasan sekitar Jalan Pudu tidak tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) walaupun kerajaan meletakkan kawat berpisau di beberapa kawasan sekitar jalan itu sejak semalam.

“Tidak benar. Penduduk masih dibenarkan keluar mendapatkan makanan,” kata Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, ia tidak sama seperti di kawasan yang dikenakan PKPD di mana penduduk tidak dibenarkan keluar.

“Ini berbeza dengan PKPD yang merupakan lockdown dan kerajaan akan masuk mengagihkan makanan.

“Di sini kita melakukan pemeriksaan, dan jika positif, kita asingkan dan hantar terus ke hospital,” katanya.