Ringgit Dibuka Rendah Ekoran Lonjakan Kes Covid-19

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini kerana kes tempatan Covid-19 melonjak ke paras harian tertinggi sejak bermulanya wabak ini.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan telah turun ke 4.0370 / 0430 berbanding dolar AS dari penutupan pada hari Khamis pada 4.0350 / 0410, menurut laporan The Edge Market.

Mengulas mengenai prestasi dolar AS, ketua ahli strategi pasaran global Axi, Stephen Innes mengatakan, peningkatan jumlah kes yang dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan pengembalian perintah kawalan pergerakan (PKP).

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak lebih 3 ribu kes positif Covid-19 dan ia merupakan rekod kes harian tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.