Sarawak Catat Enam Kes Baru Koronavirus

Reading Time: < 1 minute

Foto ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

KUCHING | Sarawak mencatatkan 6 kes baru koronavirus menjadikan jumlahnya kini 9.

Kesemua 6 kes itu dari kumpulan yang menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Sri Petaling Kuala Lumpur dari 28 Fen hingga 1 Mac lalu dan dirawat di hospital yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menyeru kepada mereka yang telah menghadiri perhimpunan itu untuk melaporkan diri ke pejabat kesihatan terdekat untuk saringan kesihatan.

“Kami berjaya mengesan 311 peserta tetapi kami percaya mungkin terdapat lebih banyak lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri di sini, Sabtu (14 Mac).

Tambahnya, pasukan khas telah ditubuhkan untuk memantau borang perisytiharan kesihatan setiap mereka yang memasuki Sarawak melalui 4 lapangan terbang utama dari 2 Mac hingga 5 Mac.