Sekitar Iftar Perdana di Jalan Pemimpin, Manjoi

Reading Time: 2 minutes

            

Malan ini telah berlangsung majlis Iftar Perdana anjuran Pejabat Menteri Besar Perak di Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, Ipoh. Ribuan rakyat hadir memeriahkan suasana. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan para pimpinan Pakatan Harapan Perak turut kelihatan berbuka puasa bersama-sama rakyat di sini. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato. Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, Ahli Parlimen Tg Malim, YB Chang Li Kang, Ahli Parlimen Beruas, YB Ngeh Koo Ham, wakil rakyat Nga Kor Meng, Tan Kar Hing, Hasnul Zulkarnain, Howard Lee Chuan How, Mohd Hatta Ramli antara kelibat yang sempat disapa. Kumpulan pelajar sekolah Tahfiz juga disambut mesra oleh pemimpin. Tidak ketinggalan juga penyokong kuat Anwar Ibrahim ang menggelar diri mereka Otai Reformis sama-sama menanti saat untuk berbuka puasa bersama pimpinan PH.