SPRM Siasat Aduan Pengguna Terhadap Pakej TM

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat aduan pengguna tentang pengurangan kadar kelajuan muatnaik untuk pelan jalur lebar Unifi 500Mbps yang dilancarkan oleh Telekom Malaysia (TM) bulan lalu.


Menurut SKMM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, perincian tentang aduan itu menyatakan TM menawarkan kelajuan muatnaik 200Mbps dapati buntuk pakej Unifi 500Mbps.


Setelah meneliti laman web rasmi TM, SKMM berkata pengadu mendapati pakej telah bertukar sejak 2 Sept dengan kelajuan muatnaik telah dikurangkan separuh kepada 100Mbps sahaja.


“Aduan ini juga turut dilaporkan oleh beberapa media dalam talian yang lain dan menganggap pengguna telah tertipu dengan pakej yang telah ditawarkan, “katanya.


SKMM berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan jik siasatan lanjut mendapati terdapat unsur-unsur pelanggaran kepentingan pengguna.