Stok Lembu Korban Lebih Dari Cukup

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Umat Islam di negeri ini tidak perlu bimbang tentang stok korban menjelang sambutan Aidil Adha tahun ini kerana bekalan korban adalah mencukupi malah melebihi permintaan.

Dianggarkan sebanyak 8000 – 9000 ekor lembu/kerbau dan 6000 – 7000 ekor kambing/bebiri digunakan untuk ibadah korban setiap tahun.

Daripada jumlah tersebut bekalan dari sumber tempatan hanya dapat memenuhi sekitar 20% (2,000 ekor) manakala 80% (>8,000 ekor) lagi diimport yang mana stok ini telah dibawa masuk 3 – 4 bulan lebih awal sebelum sambutan Raya Haji.

Sumber dari Jabatan Veterinar Negeri berkata tahun ni dianggarkan permintaan meningkat sedikit diantara 2 – 3%. Anggaran stok tersedia pula adalah >10,000 ekor lembu/kerbau dan > 8,000 ekor kambing/bebiri.

Dari segi harga secara purata berlaku sedikit kenaikan antara RM200 – RM300 kepada RM4,200-RM4,300 seekor bergantung kepada berat ternakan.

Memandangkan bekalan ternakan banyak yang diimport, faktor kenaikan harga dipengaruhi oleh kadar pertukaran matawang dan kos bahan mentah untuk ramuan makanan ternakan.

Mengenai harga semasa, tiada kawalan harga ditetapkan tetapi bergantung kepada berat ternakan. Contohnya lembu yang beratnya 230 kg – 270 kg akan djual pada harga RM4,000 – RM4,500 seekor.

Sumber maklumat: EXCO Pertanian Dan Peladangan Negeri Perak