Taiwan Kerah Pesawat Pejuang Selepas Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

Reading Time: < 1 minute

Taiwan telah mengerahkan jet pejuangnya selepas pesawat tentera China memasuki ruang udaranya, tindakan besar pertama sejak presiden anti-Beijing itu dipilih semula pada Januari.
Kementrian Pertahanan Taiwan berkata pada Isnin bahawa pesawat pengebom China H-6 dan pesawat yang menyertainya menyeberang ke “median line” di selat Taiwan.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, mengutuk Beijing kerana mengambil tindakan ketenteraan “yang tidak bermakna dan tidak perlu” pada masa mereka seharusnya membendung wabak koronavirus yang mematikan.

Virus itu, yang muncul di pusat bandar Wuhan China, telah membunuh lebih daripada 900 orang dan telah merebak ke Taiwan dan bahagian lain di dunia.

“Saya mahu mengingatkan kerajaan China bahawa ia bukan sahaja (tindakan itu) tidak bermakna tetapi juga tidak perlu untuk membuat gerakan ketenteraan pada masa Wuhan diserang koronavirus,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pencerobohan pada Isnin datang selepas pengebom H-6 China dan pejuang J-11 terbang dekat ke Taiwan pada hari Ahad tetapi tidak menyeberang garis tengah, menurut kementerian pertahanan Taiwan.

“Untuk hari kedua, pesawat tempur [China] terbang dekat dengan Taiwan … Dengar, pengebom H-6 tidak berguna terhadap koronavirus,” menurut kicauan Twitter menteri luar Taiwan, Joseph Wu.

Pesawat itu kembali ke ruang udara China selepas jet pejuang Taiwan “mengambil langkah-langkah responsif dan memintas serta siaran amaran supaya meninggalkan ruang udara itu”, kata kementerian pertahanan negara tersebut.

Kementerian itu tidak menyatakan berapa banyak dan jenis pesawat China yang menyeberangi garis median pada hari Isnin.

Kerajaannya enggan mengakui bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China.

Beijing berkata penyatuan Taiwan dengan China adalah ‘tidak dapat dielakkan.’

China masih melihat pulau demokratik yang diperintah secara autonomi sebagai sebahagian wilayahnya dan bersumpah untuk suatu hari merampasnya, walaupun dengan kekerasan jika perlu.