5,000 Penumpang Feri Jalani Pemeriksaan Suhu di Terminal Feri Kukup

Reading Time: < 1 minute

PONTIAN (Bernama) | Seramai 5,000 penumpang feri yang masuk ke negara ini melalui Terminal Feri Kukup di Johor telah melalui pemeriksaan suhu ekoran wabak koronavirus novel yang bermula di China.

Semua yang melalui pemeriksaan suhu tubuh menunjukkan suhu yang normal, kata Pengerusi Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri. Beliau membuat lawatan ke ke terminal itu hari ini sambil mengagihkan penutup muka kepada penumpang.

Terminal Feri Kukup merupakan terminal feri antarabangsa yang menyediakan laluan antara Kukup di Pontian Johor dan Karimun di Kepulauan Riau, Indonesia. Sebanyak 5 trip perjalanan disediakan dalam sehari.

Secara purata, seramai 470 penumpang melepasi terminal ini setiap hari.