Tanker Membawa Minyak Sawit Terbalik Di Jalan Gerik-Jeli

Reading Time: < 1 minute

Satu kemalangan membabitkan sebuah lori tanker telah terjadi pada kira-² pukul 3 petang semalam di kilometer 48 Jalan Gerik-Jeli.

Tanker yang membawa muatan minyak sawit hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik dan menghalang laluan dari arah Gerik ke Jeli.

Kejadian dilaporkan berpunca dari tayar tanker terbabit pecah mengakibatkan terbabas ke sebelah kiri jalan. Bagaimanapun, pemandu hanya cedera ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kemalangan itu berlaku di selekoh menuruni bukit. Pada waktu kejadian, cuaca adalah baik.

Ekoran kejadian, terdapat tumpahan minyak sawit dari tanker terbabit di atas jalan. Pihak JKR dan syarikat pemilik tanker terbabit telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan tindakan susulan telah diambil. Bagaimanapun, siasatan lanjut berkenaan kemalangan akan diteruskan.