Tidak Adil Gelar Muhyiddin Pengkhianat – Tuan Ibrahim

Reading Time: < 1 minute

Tidak adil melabel Muhyiddin sebagai pengkhianat, menurut Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tambahnya, keputusan Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri adalah untuk menyelesaikan krisis politik yang melanda negara.

“Namanya telah dicadangkan untuk menyelesaikan krisis, bukan soal pemberontakan seperti yang telah digambarkan (oleh pihak tertentu). Saya fikir rakyat harus memandangnya dalam konteks positif dan bukan menuduh dan mengutuknya (Muhyiddin), “katanya seperti yang dlaporkan Bernama hari ini.

Mengulas mengenai ucapan sulung Muhyiddin semalam di mana Perdana Menteri menyatakan hasratnya untuk hanya melantik anggota Kabinet yang bersih dan berintegriti dan berkaliber, Tuan Ibrahim berkata ia adalah sejajar dengan kehendak rakyat.

Semalam, Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya bertajuk ‘Rayuan kepada rakyat Malaysia’ berjanji untuk melantik individu yang bersih dalam Kabinet, dan pada masa yang sama memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan menguatkan penguatkuasaan dan menyelaraskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan.