Tolak Anwar Sebagai Ketua Pembangkang

Reading Time: 2 minutes

Anwar Ibrahim@‘manusia berpenyakit’ aneh harus ditolak sebagai ketua pembangkang dalam dewan rakyat!! Dia adalah seorang pengkhianat dan tidak layak jadi ketua pembangkang!! ‘Mangkok hayun’ ini ketua pembangkang yang terima arahan dari Umno serta golongan kleptokrats!!

Buat masa ini Anwar Ibrahim bekerja secara akrab dengan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi!! Kenapa ahli-ahli PKR tidak pernah mempersoalkan tindakan bodoh serta jahat Anwar Ibrahim? Pada hari ini keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia dapat melihat dengan ‘mata kepala’ mereka sendiri bahawa Anwar Ibrahim amat akur serta tunduk pada pemmpin Umno!!

Mana pemimpin-pemimpin ‘otak udang’ PKR seperti Abdullah Sani, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan yang lain?! Dia sedang bekerjasama dengan Najib Tun Razak serta Zahid Hamidi untuk mengambil-alih kepimpinan negara dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN!! Apabila mendapat sokongan dari Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi serta agenda mereka berjaya maka presiden PKR ini akan membebaskan segala pertuduhan rasuah mahupun jenayah yang dihadapi oleh Najib Tun Razak serta juga Zahid Hamidi!!

Apakah rakyat Malaysia mengundi PH pada PRU14 yang lepas untuk mengizinkan parti-parti DAP dan PKR bekerjasama dengan golongan kleptokrat seterusnya membebaskan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi?’

Inilah tumpuan gerak kerja Anwar Ibrahim pada hari ini!! Anwar Ibrahim cukup akrab dengan Najib Tun Razak mahupun Zahid Hamidi pada hari ini!! Manakala parti DAP pula sanggup menyokong Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu presiden PKR ini sedang bekerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kleptokrat Umno!! DAP terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim dan senantiasa izinkan presiden PKR ini terus memperbodohkan mereka!! Bukan saja Anwar Ibrahim selalu memperbodohkan DAP tapi turut memperalatkan DAP untuk kepentingan agenda politik rakusnya!!

Sebelum PRU14 kita lawan Najib Tun Razak, Zahid Hamidi dan BN secara bermati-matian bagi menegakkan kebenaran dari amalan rasuah!! Tapi kali ini Anwar Ibrahim sanggup mengkhianati amanah rakyat pada PH!! Mandat rakyat pada PH untuk singkirkan pemimpin-pemimpin korup seterusnya membina semula ‘Malaysia Baharu.’ Inilah akibatnya jika kita ada seseorang tokoh pemimpin yang banyak masalah untuk jadi ketua kita!! Bila musuh tahu kelemahan ketua yang bermasalah itu; senang untuk mengugut bagi memaksa kita mengikut ‘telunjuk’ mereka!!

Semua pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN tahu kelemahan Anwar Ibrahim dan mereka senang ‘cucuk hidungnya’ ditarik ke kanan ataupun ke kiri!! Sudah sampai masanya parti Amanah dan DAP mesti berani buat keputusan untuk keluar dari PH yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara!! Kedua parti Amanah serta DAP harus bergabung dengan parti Pejuang ke arah mewujudkan satu barisan pembangkang yang kuat, berprinsip dan integriti!! Jika Amanah dan DAP terus bersama Anwar Ibrahim serta PKR; PRU15 nanti mereka bakal tenggelam buat selamanya bersama PKR!! Rakyat sudah tidak menghormati PKR dan DAP lagi pada hari ini!!

Barisan pembangkang harus cadangkan nama lain untuk menjawat jawatan ‘ketua pembangkang’ dan ‘sepak’ keluar Anwar Ibrahim kerana dia adalah pengkhianat yang sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair!!

Tulisan di atas adalah nukilan Khairuddin Abu Hassan dipetik dari laman sosial peribadiu beliau.