Pimpinan Pakatan Harapan (PH) diminta menolak fitnah keji yang bertujuan memburukkan Presiden Keadilan, Batuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Perak, Farhash Wafa Salvador sebaliknya menyeru kepimpinan tertinggi kesemua parti di dalam PH membulatkan tekad berdiri teguh di belakang Anwar.
Katanya, harus diingat fitnah keji ini sebenarnya bertujuan memecah-belahkan semangat perpaduan jitu dalam kalangan anggota Keadilan.
Menurutnya, beberapa kenyataan telah tular sejak kebelakangan ini untuk memecah-belahkan semangat dalam kalangan anggota parti.
“Secara peribadi, saya mengecam keras fitnah keji ini yang disifatkan seperti baling batu sembunyi tangan apabila memilih menyerang Datuk Seri Anwar.
“Usaha untuk menggugat Presiden Keadilan hanya bertujuan mengalih perhatian daripada perbincangan dasar kerajaan yang lebih penting ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Sehubungan itu, Farhash menyeru kepimpinan PH memberi fokus bergerak ke hadapan bersama Presdien Keadilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini penting bagi mencapai matlamat kita untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu, tegas Farhash.