Tuan Ibrahim Tuan Man Dangkal Perlembagaan – Dr. Aziz Bari

Reading Time: < 1 minute

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan sebagai dangkal perlembagaan berhubung cadangan beliau supaya DAP diharamkan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut Aziz lagi, cadangan itu menunjukkan betapa tidak matangnya PAS kerana mengeluarkan kenyataan berdasarkan fitnah musuh politik tanpa bukti.

“3 hujah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kononya mengaitkan parti DAP sebagai merbahaya dan perlu diharamkan adalah tidak berasas kerana ketiga-tiga tuduhan itu tidak ada kaitan secara langsung dengan parti DAP. Mereka gagal menunjukkan akhlak lslam kerana menuduh tanpa bukti dan membuat pendirian hanya berdasarkan prajudis.

“Kini jelas PAS hanyalah budak suruhan UYMNO,” kata Aziz Bari dalam kenyataan itu.

Tambahnya, DAP tidak pernah mengeluarkan cadangan sedemikian walaupun ketika mereka tidak mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.

Beliau yang bercakap mewakili parti DAP Perak mengajak orang ramai supaya menolak parti yang jahil demokrasi dan buta perlembagaan, merujuk kepada parti PAS.

“Ini satu lagi bukti betapa rasis dan berfahaman sempit
nya PAS sebagaimana UMNO yang pernah dipertikaikan akidah dan keIslaman mereka.

“PAS tidak layak untuk diangkat sebagai parti pemerintah,” kata Aziz lagi.

Tiga hari lalu, Tuan Ibrahim menyenaraikan tiga perkara yang disifatkannya sebagai bukti bahawa DAP semakin membahayakan politik negara, serta bertindak secara “bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan”.

Tiga perkara itu ialah ucapan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di sebuah forum pada 14 September lalu yang didakwanya berunsur Kristianisasi, penahanan beberapa pemimpin DAP sebagai suspek Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) serta kontroversi komik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) oleh bekas aktivis parti itu, Hew Kuan Yau.