Perak Pantau Jalan, Jambatan Berisiko Berlaku Bencana di Seluruh Negeri

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Kerajaan negeri Perak melalui Pejabat EXCO Kemudahan Awam dan Infrastruktur, YB Abdul Yunus Jamhari yang turut membuat lawatan ke lokasi kejadian tanah runtuh hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Ijok pada petang Jumaat.

Menurut Abdul Yunus, laporan awal yang diterima menyatakan faktor hujan lebat yang berterusandi musim tengkujuh menjadi faktor utama kejadian tanah runtuh.

Bencana alam ini juga di luar jangkaan walaupun terdapat laporan rekahan jalan berlaku beberapa hari sebelum kejadian, menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian tersebut, Laluan A39 Jalan Rantau Panjang – Lata Tinggi sepanjang 18 kilometer ditutup sepenuhnya dan orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan lama sebagai jalan alternatif.

Menurut beliau lagi, proses membaik pulih jalan dijangka mengambil masa lebih 3 bulan dan kajian rapi akan dbuat bagi menentukan sama ada laluan tersebut selamat digunakan pada masa hadapan.

Berikutan musim tengkujuh pada ketika ini, beliau turut meminta pihak JKR membuat pemantauan di jalan-jalan atau jambatan yang berisiko di seluruh negeri Perak.