UMNO Perak Terkejut Paul Yong Tak Hirau Nasihat MB

Reading Time: < 1 minute

UMNO Perak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Hj Saarani Mohamad malam tadi menyatakan rasa terkejut terhadap tindakan EXCO yang terkait tuduhan rogol, Paul Yong Choo Keong yang secara terbuka menolak gesaan Menteri Besar Perak supaya beliau bercuti dari tugas rasmi.

Paul Yong yang juga Bendahari DAP Perak bukan saja membelakangkan institusi Meneri Besar malah tindakannya it bertentangan dengan prinsip ‘rule of law’, menurut kenyaaan itu.

UMNO Perak secara prinsip menyokong gesaan Menteri Besar itu supaya bercuti bagi memastikan proses undang-undang dihormati selain memelihara maruah dan imej pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan itu lagi, tindak balas Paul Yong terhadap gesaan Menteri Besar bercanggah dengan nilai-nilai integriti sekaligus menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan prinsip akauntabiliti yang sering dilaung-laungkan DAP selama ini.

“Tindakan itu juga membuktikan sikap memperlekeh dan membelakangkan Menteri Besar seolah-olah sudah menjadi budaya dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri setelah rakyat dikejutkan dengan siri cubaan menjatuhkan Menteri Besar sebelum ini.

“Perkembangan terbaru ini sekadar melengkapkan episod demi episod kerapuhan pentadbiran kerajaan negeri yang sarat dengan kontroversi sehingga rakyat menjadi mangsa kesuraman ekonomi dan ketidakstabilan politik,” menurut kandugan kenyataan itu.

Dalam pada itu, UMNO Perak mengingatkan semua pihak supaya menghormati proses undang-undang bagi meamstikan perjalanan perbicaraan yang adil tanpa campur tangan politik.