395 Mangsa Terjejas Banjir di Taiping

Reading Time: < 1 minute

TAIPING: Mangsa banjir di bandar ini mencatatkan 395 orang pagi ini, merangkumi 112 keluarga, yang terjejas akibat hujan lebat berpanjangan sejak petang semalam.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kawasan yang terjejas teruk dalam banjir itu adalah di sekitar Kampung Temelok, Trong, yang melibatkan 200 orang.

“Setakat jam lapan pagi Ahad, terdapat empat pusat pemindahan sementara yang dibuka iaitu di Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban, Sekolah Temelok Trong, Surau Kampung Jawa dan Sekolah Batu Hampar.

“Bagi Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban sebanyak 110 mangsa dengan 32 keluarga, Sekolah Temelok Trong, 200 mangsa dengan 58 keluarga, Surau Kampung Jawa, 28 mangsa dengan lapan keluarga dan Sekolah Batu Hampar sebanyak 57 mangsa dengan 14 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, satu pusat pemindahan sementara sudah ditutup di daerah Kerian yang sebelum ini beroperasi di Dewan Orang Ramai Kampung Wawasan Indah.

  • Sumber – Astro Awani