Folio Essence Tawar Produk Alternatif Rawat Penyakit Kulit Kronik

Reading Time: 3 minutes

Di zaman serba moden ini, pelbagai jenis penyakit kronik muncul secara mendadak sehingga membuat masyarakat bingung untuk mencari penawar penyembuhnya.

Walaupun pelbagai usaha sudah dibuat sama ada menerusi perubatan moden dan tradisional mengikut kefahaman dan kepercayaan masing-masing, namun tiada penawar yang benar-benar boleh menyembuhkan ditemui.

Dua jenis penyakit kronik yang sudah mulai dikesan dan dihidapi pesakit-pesakit ketika ini ialah ekzema berupa penyakit kulit (berair, luka-luka, bernanah) dan psoriasis (kulit merah bersisik, gatal-gatal kulit).

Bagi penghidap yang mula mengalami kedua penyakit ini mereka akan mula merasa kurang keyakinan dan mengasingkan diri kerana merasa malu dipandang hina sehingga akhirnya membawa kepada kemurungan, jika tidak berusaha mencari jalan membuat rawatan segera.

Sudahlah diuji dengan kesakitan, gatal-gatal dan pedih sepanjang masa, mereka sering pula disisih dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling kerana penyakit yang dihidapi membuatkan orang lain cuba mengelak dari mendekati atau menjauhkan diri dari mereka.

Bagi penghidap-penghidap kedua penyakit kronik ini, kini mereka tidak perlu risau dan bimbang kerana rawatan pilihan atau alternatif ada disediakan oleh Syarikat Folio Essence Sdn Bhd. bagi membantu merawat dan menyembuhkan penyakit mereka.

Menurut Pengasasnya, Haslina Mohd Hanif, dua produk utama yang dihasilkan syarikatnya berupa sabun Mamaira Chemic Erase dan serum Mamaira Vita Treat yang menggunakan sumber batuan mineral malachite yang diimport dari negara timur tengah dan Eropah.

Haslina Mohd Hanif, Pengasas Folio Essence

“Syarikat kami merupakan syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dari mineral malachite untuk merawat masalah penyakit kulit,” katanya kepada wakil Independent.my.

“Apa yang menariknya, sumber asli batuan mineral malachite ini hanya terdapat di negara timur tengah dan Eropah dan menurut kajian sejarah pada zaman Ratu Mesir Cleopatra, ia digunakan untuk merawat kulit bagi mengelak luka-luka dan memperlahankan proses penuaan.

“Kebaikannya… bahan mineral ini memiliki sifat anti-pengoksida yang dapat membantu menjauhkan masalah penyakit kulit seperti kanser kulit, melindungi kulit dari sinaran UV dan ianya juga dapat merangsang pembentukan sel-sel kulit baru yang sihat,” ujar Halina yang telah mula menjalan operasi syarikatnya secara serius sejak tahun 2019.

Menurutnya, sabun Mamaira Chemic Erase dan serum Mamaira Vitatreat merupakan produk organik yang bebas dari penggunaan bahan kimia, boleh digunakan oleh semua peringkat umur dari bayi hingga ke orang dewasa. Ia mampu membantu menyelesaikan pelbagai jenis masalah penyakit kulit kronik yang dihidapi oleh pesakit kerana telah menerima banyak testimoni dari pengguna.

Tahun ini syarikatnya sedang memberikan tumpuan serius untuk memasarkan produk ke seluruh pelusuk tanah air dengan motto `satu keluarga setiap rumah’ menggunakan produk sabun Chemic Erase dan serum Vita Treat.

Tambahnya, produk Mamaira telah mendapat kelulusan dari KKM serta MOH Brunei serta mendapat pengiktirafan Halal oleh Jakim.

Sementara itu, menurut seorang pesakit kronik yang hanya mahu dikenali sebagai Nash, penyakit kulit kronik yang dialaminya selama dua tahun itu semakin sembuh dan pulih setelah menggunakan kaedah rawatan Chemic Erase dan serum Vita Treat.

“Selama menghidap penyakit ini, saya sering mengurung diri kerana kulit muka saya seakan terbakar apabila terkena sinar matahari, pedih gatal-gatal dan ada kalanya saya kemurungan kerana tidak berupaya untuk mencampuri masyarakat sekeliling.

“Namun setelah mengguna cara rawatan produk syarikat ini alhamdullah penyakit kulit saya kembali sembuh dan saya sudah boleh bertemu rakan-rakan dan sanak saudara,” katanya yang juga bekas anggota TLDM.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan sabun Mamaira Chemic Erase dan serum Mamaira Vitatreat, ia boleh didapati dari ejen-ejen yang dilantik atau dapatkan maklumat lanjut dari laman sosial Facebook ‘Folio Essence HQ’ atau ‘@folioessence’ di Instagram.