TIC Komited Lahir Ramai Tenaga Muda Berkemahiran Tinggi

Reading Time: < 1 minute

IPOH, 28 Jun 24 – TAJ International College (TIC) komited melahirkan ramai tenaga belia masa depan yang berbakat dan berkemahiran tinggi. Selain itu TIC juga akan memperkasakan mereka menjadi pemimpin,inovator dan pengubah masa depan.

Menurut Pengerusi Eksekutif TIC Puan Tina Datuk Seri Tajudin, bagì mencapai matlamat itu TIC menerusi Gerak Generasi Baru (GGB) menjalin kerjasama erat DRB-HICOM University of Automotive dan Universiti Geomatika.

TIC turut menjalin kerjasama erat dengan Majlis Pengetua Kinta Utara dan Kinta Selatan, Majlis Kaunselor Kinta Utara dan Kinta Selatan, Majlis Sukan Daerah Kinta Utara, Majlis Belia Negeri Perak dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak.

“Dengan àdanya kerjasama ini maka TIC turut menawarkan 100 biasiswa sokongan pendidikan untuk ’empower’ belia-belia di negeri Perak dengan harapan mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah salah satu inisiatif konsep “Learn & Earn di bawah Gerak Generasi Baru TIC” kata Tina.

Menurut beliau, kerjasama dengan tujuh rakan kongsi ini bertujuan memupuk kolaborasi yang kukuh di kalangan pelbagai pihak dalam membentuk masa depan yang lebih cerah bagi generasi masa kini dan masa depan.