“Hanya selepas seminggu Syawal, Allah jawab doa aku, Min,” tulis Ummi Hafilda Ali di hantaran terbaru beliau di ruangan Facebook peribadinya.
Hantaran yang mengandungi teks yang panjang lebar itu mempunyai kaitan yang jelas dengan isu terbaru penularan video seks songsang semalam. Ia turut disertakan dengan gambar-gambar tangkap layar menunjukkan pemuda bernama Haziq dan gambar Azmin. Hantaran tersebut telah mendapat hampir 7 ribu reaksi pengguna laman sosial, lebih 5 ribu komen dan lebih empat ribu perkongsian.
Ummi Hafilda merupakan anak bongsu dalam keluarga besar Azmin Ali dan Azwan Ali. Kedua ibubapa mereka sudah meninggal dunia.
Semalam, di ruangan sosial yang sama Ummi membuat hantaran berbentuk teks dalam kotak merah berbunyi “Akhirnya Allah tunjuk kan jua..sapa mereka..doa org teraniaya di jawab Allah.kedua nya tidak layak memimpin negara. yg batil hancur”. Namun tiada siapa dapat memastikan apa yang dimaksudkan sama ada ia ada kaitan dengan penularan video seks songsang terbaru yang dikaitkan dengan abangnya Azmin Ali yang juga seorang menteri kabinet.
Hantaran tersebut mendapat lebih seribu komen dan 357 perkongsian.
Azmin Ali pada hari ini telah mendakwa penularan video itu adalah fitnah jahat pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau. Azmin memberi amaran akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk mendedahkan mereka yang melakukannya.
Tidak sampai 24 jam selepas tular video semalam, petang ini muncul satu lagi video terbaru yang disebarkan dengan menggunakan kaedah yang sama seperti semalam iaitu mengundang wartawan ke dalam group Whatsapp dan menunjukkan video bahagian kedua yang diberi nama “Azmin Ali bahagian 2/4”.