Malaysia Berdepan Krisis Moral – Hadi Awang

Reading Time: < 1 minute

Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang melalui hantaran di Facebook beliau menulis “Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral.”

Beliau dalam pada itu mengingatkan bahawa Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya.

Seterusnya beliau menyatakan Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah diri dan saudara, yang termasuk di dalam Maqasid Syariah yang lima iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta.

“Maka PAS mengajak semua pihak untuk berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, dan berpolitik secara jujur, bersih dan bermaruah demi kebaikan rakyat dan negara tercinta,” menurut hantaran di ruangan Facebook beliau.