Reading Time: < 1 minute
PETALING JAYA | Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan, dengan perlantikannya bermula 3 Jan.
Beliau akan memegang jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan baru dipilih, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet pada hari Rabu.
Dr Mahathir mengambil alih jawatan dari Dr. Maszlee Malik yang ‘dinasihatkan’ meletak jawatan itu pada 2 Jan, yang juga hari pertama persekolahan untuk tahun baru di seluruh negara.