Banjir: Bukan Masa Untuk Menuding Jari

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | “Bukan masa untuk menuding jari dalam usaha menyelamat dan menempatkan mangsa banjir,” kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Afendi Buang hari ini yang menekankan keperluan untuk kerjasama yang lebih baik.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi kerajaan amat diperlukan demi memastikan keselamatan mangsa.

Kenyataan beliau disampaikan sebaik laporan oleh Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) yang didakwa berat hati untuk menyenaraikan angkatan tentera dalam menghulurkan bantuan ketika keadaan banjir semakin buruk di Selangor.

Agensi berita Free Malaysia Today melaporkan tentera akhirnya mengerahkan sumbernya untuk membantu usaha menyelamat pada Jumaat tanpa persetujuan NADMA.

Affendi tidak menjawab secara langsung dakwaan laporan itu tetapi berkata beliau dan anak buahnya lebih prihatin terhadap nasib mereka yang terjejas oleh situasi banjir di Selangor.

Beliau berkata semua usaha bantuan bencana mesti mempunyai pendekatan “seluruh kerajaan” untuk mengikat setiap agensi dan dengan NADMA menerajui.

Tambah Affendi, sebarang kelemahan dalam pengurusan banjir adalah tanggungjawab bersama semua agensi.

Hari ini, agensi berita luar negara, South China Morning Post memaparkan video pendek mendakwa usaha menyelamat mangsa banjir di Malaysia menerima kritikan kerana tindakbalas yang perlahan oleh kerajaan.