Reading Time: < 1 minute
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu kenyataan yang boleh dilihat di Facebook Presidennya hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah keluar dari gabungan Pakatan Harapan.
Majlis Pimpinan Tertinggi parti dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan itu setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara, menurut kenyataan itu lagi.
Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.