Mereka Yang Beri Tekanan Supaya Tun Meletak Jawatan Adalah Pengkhianat Sebenar – Azmin

  •  
  •  
  •  
Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA (24 Feb) | Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata mereka yang sering memberi tekanan kepada Tun Dr Mahathir supaya meletak jawatan perdana menteri adalah pengkhianat sebenar kepada Pakatan Harapan.

Seramai 11 ahli parlimen dari PKR mengumumkan keluar dari parti itu sebagai respon kepada tuduhan kononnya mereka telah mengkhianati PH dan memihak kepada usaha pembentukan pakatan politik baru untuk mengambil alih kuasa.

“Kami juga diyakinkan bahawa usaha memaksa Tun meletakkan tarikh menyerahkan kuasa adalah langkah berniat jahat,” kata Azmin dalam satu kenyataan.

Krisis itu telah mendorong Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, parti yang ditubuhkannya pada 2017 selepas meninggalkan UMNO.

Katanya lagi, terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang menekan Tun supaya meletakkan jawatan semasa mesyuarat majlis presiden pada Jumaat lalu.

Dalam persetujuan yang dicapai sebe;lum pilihan raya umum 2018, DAtuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan sebagai calon perdana menteri selepas Tun melepaskan jawatan itu tapi tiada tarikh tertentu bila Tun perlu lakukan demikian.

Ini yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PH bagi memastikan ‘konspirasi’ menjauthkan perdana menteri pada separuh penggal digagalkan.

“Ini telah terbukti benar apabila mereka menyedari kesilapan mereka, kerana itu mereka memanggil semula Tun untuk terus menjadi perdana menteri sehingga habis penggal,” menurut kenyataan itu yang ditandatangani oleh 11 bekas anggota PKR termasuk Azmin.

Azmin dan Zuraida Kamaruddin telah dipecat dari parti itu pada Isnin. Ekoran dari itu, 9 ahli parlimen PKR yang menyokong Azmin turut keluar dari parti dan membentuk anggota parlimen Bebas.

Mereka terdiri dari Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri hari ini tapi kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang DiPertuan Agong sementara perdana menteri baru dilantik.