BN Akhirnya Lemas di Sarawak

Reading Time: < 1 minute

Sarawak akhirnya tidak lagi menjadi milik Barisan Nasional. Ini ekoran tindakan terbaru parti komponen keluar dari Barisan Nasional dan akan membentuk parti baru yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Parti Komponen Barisan Nasional Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Tindakan parti itu keluar BN menjadikan Sarawak buat kali pertamanya diperintah oleh parti bukan Barisan Nasional sejak 44 tahun.

Menurut Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg, parti baru ini akan mengambil pendekatan mesra kepada parti Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan pemerintah ketika ini. Walau bagaimanapun, ia tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan. Situasi ini sama separti parti Warisan di Sabah, yang menyokong Pakatan Harapan.