DAP Parti Tak Boleh Dibuat Kawan – Tuan Ibrahim

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Bangsa DAP apabila menghadapi keadaan kritikal, mereka sanggup meninggalkan kawan yang berjuang bersama-sama dengannya apabila menghadapi keadaan kritikal, menurut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Waktu dalam Barisan Alternatif sewaktu Pilihan Raya Sarawak, DAP telah keluar dari Barisan Alternatif untuk menghadapi PR. Selepas Pilihan Raya dia masuk balik.

“Waktu bersama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi dalam Pilihan Raya Sarawak, DAP sanggup tinggal kawan demi menjaga kepentingan parti dia.

“Ini parti yang tak boleh dijadikan kawan dalam politik apatah lagi diangkat sebagai pemimpin,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan beliau yang disiarkan secara langsung di laman Youtube di Ceramah Perdana Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung di PWTC malam tadi.

Menurutnya lagi, kerajaan Pakatan Harapan hari ini tidak boleh menyembunyikan ketakutan mereka terhadap gabungan PAS-UMNO hingga mereka sanggup menggambarkan gabungan kedua parti Melayu terbesar itu sebagai ‘Taliban’.

“Tidak mungkin kedua-dua parti PAS-UMNO bila bergabung tiba-tiba jadi Taliban,” katanya.

Beliau menegaskan PAS dan UMNO yang berjuang dalam politik negara sejak puluhan tahun tidak akan menimbulkan masalah perkauman di negara ini.

Menyentuh mengenai muafakat antara kedua-dua parti, Tuan Ibrahim memberi jaminan bahawa kedua-dua pihak bertekad bahawa apa saja berlaku dalam muafakat ini akan diurus dengan hormat menghormati antara satu sama lain dan akan berusaha memastikan tidak ada elemen yang cuba memecahkan muafakat ini.

Beliau turut menyindir dengan berkata kerajaan hari ini ibarat pesakit kronik kanser tahap 4 kerana usianya mungkin tidak lama.

“Kerajaan yang menang dengan fitnah tidak akan mampu bertahan lama.

“Kebenaran bila dibangkit akan kekal dengan kebenaran manakala kebatilan mungkin menarik perhatian tetapi tidak mampu bertahan kerana ianya bercanggah dengan fitrah