DAP Perak Lapor Polis Kandungan Fitnah Di Laman Sosial

Reading Time: < 1 minute

IPOH | DAP Perak hari ini tampil membuat satu laporan polis terhadap satu status Facebook yang dimuatnaik oleh akaun pengguna ‘PAS Kawasan Bukit Gantang’ yang cuba memberi gambaran buruk terhadap Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP Perak, YB Wong Kah Woh berkata, kandungan Facebook yang beserta gambar Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng jelas bertujuan untuk memberikan gambaran seolah-olah beliau telah membeli MYKAD dari Jabatan Pendaftaran Negeri.

“Ia juga bertujuan untuk memburuk-burukkan nama YB Lim Guan Eng, DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana YB Lim Guan Eng pernah menjadi Ketua Menteri dari tahun 2008 sehingga 2018,” kata Wong kepada wartawan di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh pada pukul 4.30 petang tadi.

Laporan polis yang dibuat dipercayai merujuk kepada gambar ini.

Wong yang juga seorang peguam berkata, tindakan sebegini adalah satu fitnah jenayah yang serius.

Laporan polis tersebut difailkan oleh Ketua DAPSY Perak, YB Steven Chaw Kam Foon.

Menurut Chew, negara ini baru menyambut hari kemerdekaan yang ke-62 dan beliau merasa amat kesal kerana terdapat pihak yang masih cuba memainkan isu perkauman. Chew berharap pihak polis dapat meyiasat perkara ini.

Pada masa yang sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Ipoh Timor, Mohamad Norriduan berkata, agama Islam melarang sebarang fitnah dan pembohongan. Parti pembangkang seharusnya bersikap bertamadun dan menjadi pembangkang yang berfakta.